PENERAPAN KONSEP "MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI" DALAM MENGUBATI PENYAKIT SOSIAL DI KALANGAN MASYARAKAT KINI

AHLI KUMPULAN:
Tuan Muhammad Shakhir Bin Tuan Ahmad (02DEE19F1190)
Ahmad Badrul Munir Bin munirrozee (02DEE19F1063)
Mohamad Naqiuddin Ali Bin Salam (02DEE19F1114)
Mohamad Kasyfil Azam Bin Baharuddin (02DEE19F1154)
Amad Asnawi Bin Razlan (02DEE19F1095)
PENGENALAN
Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati” Merupakan peribahasa yang selalu kita dengar. Peribahasa ini menyarankan agar kita sentiasa berhati-hati sebelum berlaku kerosakan, kemusnahan, kehancuran dan dihinggapi penyakit. Setiap penyakit ada penyebabnya begitu juga dengan kemusnahan ada puncanya.Oleh sebab itulah kita perlu mencegah daripada berlakunya kerosakan atau dihinggapi penyakit,kerana apabila musnah dan berpenyakit adalah lebih susah untuk dipulihkan.
Faktor yang banyak mempengaruhi kesihatan adalah daripada aspek fizikal dan mental.Dalam aspek fizikal,komponen ini berkait dengan keadaan badan seseorang, bentuk badan serta kebolehan individu melaksanakan tugasan tertentu. Justeru itu,kesihatan fizikal merujuk kepada sesuatu keadaan individu bebas daripada kesakitan,ketidakupayaan fizikal, penyakit kronik dan penyakit berjangkit serta ketidakselesaan tubuh badan yang memerlukan perhatian daripada pakar perubatan.Seterusnya,aspek mental.Kesihatan mental adalah situasi dimana seseorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stress kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.Kesihatan.mental juga merujuk kepada cara kita berfikir, merasa dan cara kita bertindak.Dalam pada itu, cara menghadapi masalah dan mengatasi serta cara berinteraksi dengan orang lain juga merangkumi kesihatan mental.
Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana terdapatnya remaja yang sedang meningkat dewasa yang merupakan satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”.
Persoalannya,jika semua masyarakat kita musnah akibat kesan keseronokan yang sementara ini,siapakah yang akan terus memperjuangkan masa depan mereka? Justeru itu, senario ini mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak seperti golongan ibu bapa,guru,masyarakat, negara dan termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia.Oleh itu sebelum keadaan menjadi semakin teruk, satu pelan menyeluruh berkaitan perancangan program pencegahan penyakit sosial dalam masyarakat perlu dirangka oleh pasukan semua pihak bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dapat dilaksanakan dengan lancar.
PUNCA-PUNCA PENYAKIT SOSIAL
Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri
Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam.Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata.Iman dan amal yang lemah terhadap agama menjadikan masyarakat hari ini tidak mampu berfikir terhadap perbuatan baik mahupun buruk yang mereka lakukan. Pegangan agama yang longgar dan tiada tunjuk ajar yang baik daripada ibu bapa menjadi punca masalah sosial ini berterusan
Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu Bapa
Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada segelintir ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat kasihsayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-perkara tidak berfaedah untuk mehilangkan kebosanan. Selain itu, tidak kurang juga ada yang melakukan gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.
Institusi Kekeluargaan Yang Goyah
Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapaseharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadisatu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapaterhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak-anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencarialternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remajauntuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
Terikut-Ikut Dengan Sikap Negatif Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial. Disebabkan faktor pergolakan keluarga di rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencari ketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah mereka yang mempunyai perangai negatif. Apabila bersama rakan sebaya, remaja cenderung untuk melakukan perkara tidak berfaedah seperti merokok, melepak di pusat membeli-belah dan mendapatkan hiburan di pusat-pusat hiburan.Faktor ini telah diketahui ramai sebagai punca utama masyarakat hari ini terjebak dalam masalah sosial yang negatif. Pengaruh rakan sebaya umpama tarikan magnet yang menjadikan segelintirnya lebih gemar melepak dan mengikut rentak dan gaya hidup mereka. Jika rakan-rakan itu buruk perangai dan aktif dalam kegiatan jenayah dan masalah sosial, maka mereka akan mengikutnya kerana keimanan mereka pada hari ini lemah jati diri dan tiada tujuan hidup.
Sikap Individualistik Masyarakat
Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja juga menjadi faktor penyebab. Masyarakat hari ini cenderung untuk bersikap individualistik atau tidak mahumenjaga hal orang lain. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada remaja yang menagih dadah berdekatan dengan tempat tinggal mereka tetapi langsung tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana mereka berpendapat bahawa, pihak berkuasa sahaja yang perlu menanganinya. Sikap masyarakat yang tidak ingin mengambil tahu tentang hal orang lain pasti akan menggalakkan lagi gejala sosial di kalangan remaja.
Pengaruh Negatif Media Massa
Pengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana remaja mempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapi bukan semua perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya. Remaja perlulah menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang diperolehi melalui media massa.
CONTOH PENYAKIT SOSIAL
MINUM ARAK
Alkohol merupakan perosak masyarakat sejak zaman berzaman. Pengambilan alkohol secara berterusan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia. Alkohol merupakan punca pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat masa kini. Statistik kadar jenayah yang meninggi, pertambahan kes penyakit mental dan keruntuhan institusi keluarga di serata dunia menjadi testimoni bisu kepada kuasa perosak alkohol.
Mengikut syarak, minuman arak adalah haram dan salah di sisi agama bagi individu muslim yang mengambilnya. Antara sebab pengharaman arak oleh syarak kerana ia memabukkan dan boleh menghilangkan akal orang yang meminumnya. Perbuatan meminum arak adalah termasuk dalam perbuatan syaitan yang dipandang keji oleh syarak.
Merogol
punca jenayah rogol juga adalah berpunca daripada rancangan di media elektronik. Sebagai contohnya rancangan realiti TV yang banyak berunsurkan seks melalui pakaian artis-artis yang menjolok mata sehingga mempengaruhi generasi muda-mudi terikut-ikut cara pemakaian mereka. Apabila cara pemakaian telah melanggar hukum menutup aurat dalam Islam, faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah ini.
Selain itu dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat ini contohnya teknologi telefon bimbit yang terlalu canggih sehingga kerajaan ataupun pihak berkuasa tidak dapat mengawalnya. Akhirnya terjadilah penyalahgunaan telefon bimbit ini sehingga berlakunya penyebaran video lucah yang dilakonkan sendiri oleh golongan remaja di Malaysia terutamanya remaja melayu yang beragama Islam. Cuba kita lihat di sana sini, majalah hiburan merata-rata dijual dengan gambar-gambar yang menjadi perangsang kepada nafsu. Ditambah dengan media elektronik seperti TV, DVD, internet yang sukar dibendung. Kemudahan yang disalah guna untuk perkara yang tidak sepatutnya mengubah naluri manusia untuk bersikap ganas seterusnya mendorong mereka melakukan jenayah tersebut.
Oleh yang demikian, disebabkan faktor ini juga hingga dapat mempengaruhi masyarakat yang nipis imannya dan kurangnya pengetahuan agama dihanyutkan nafsu serakah mereka. Bahkan yang lebih mengecewakan apabila timbul pula Istilah haruan makan anak ataupun harapkan pagar,pagar makan padi,inilah istilah yang paling sesuai digunakan untuk golongon ini.
KESAN MASALAH PENYAKIT SOSIAL
Kesan Ke atas Individu
Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.
Kesan Ke atas Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.
Kesan Ke atas Masyarakat
Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
Kesan ke atas negara
Implikasi utama terhadap negara jika penyakit sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk
LANGKAH PENCEGAHAN BAGI PENYAKIT SOSIAL
PERANAN IBU-BAPA
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
PENDEKATAN AKADEMIK
Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas
PENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG
Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
PENDIDIK
Menyampaikan maklumat dan mengajar masyarakat bagaimana menggunakan kemahiran-kemahiran yang sedia ada. Kementerian Penddidkan perlu mengiktiraf kedudukan guru sama seperti golongan doktor bagi membantu merawat penyakit sosial dalam masyarakat yang begitu gawat sekarang.Guru adalah pendidik yang mempunyai peranan yang besar dalam membentuk sahsiah generasi muda khususnya dalam mencegah gejala yang tidak sihat dari terus menular.Golongan guru perlu diiktiraf sama dengan doktor bagi merawat penyakit sosial yang kian teruk saban hari dan tugas ini bukanlah semudah yang disangkakan kerana ianya merupakan masalah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar Pihak guru perlu diberi ruang untuk berada pada tahap yang lebih mudah dicakupi pelbagai pihak bagi memastikan peranan mereka lebih berkesan dan mencapai sasaran yang ditetapkan. Peranan guru tidak boleh lagi dianggap kecil dan mudah kerana pendidikan ini menekankan konsep mencegah lebih baik daripada mengubati.Apa yang penting. pendekatan pendidikan di bandar dan diluar bandar perlu seiring kerana budaya kehidupan di kampung da di bandar sudah berubah akibat pengaruh gaya hidup masyarakat di Bandar. Inilah kesan buruk apabila agama dipisahkan daripada kehidupan seharian banyak perkara yang diterapkan dalam sistem pendidikan mengasingkan antara agama dengan aspek-aspek yang lain.Masih terdapat ramai pihak yang seringkali memandang segala bentuk yang bersifat larangan itu sebagai perkara yang menyekat kebebasan.Ramai yang menganggap larangan itu suatu kesalahan sedangkan di sebaliknya terdapat unsur pendidikan serta kebaikan pada jangka masa panjang.Islam telah menggariskan beberapa bentuk pendidikan yang perlu diterapkan dalam kehidupan seorang anak sejak kecil lagi dan larangan yang disyariatkan itu
PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN
1. Memberi kaunseling, khidmat nasihat, sokongan emosi dan membantu masyarakat dalam pemilihan penyelesaian konflik yang dialami.
2. Membuat lawatan ke rumah dan sekolah bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang terperinci dan pengesahan berkaitan masalah yang dihadapi masyarakat dari semua sudut seperti sokongan keluarga, rakan-rakan, sekolah dan masyarakat lain.
3. Menjadi platform untuk perjumpaan di antara masyarakat yang bermasalah, ibubapa dan pihak sekolah bagi mencari jalan penyelesaian bersama.
4. Melibatkan diri dalam mana-mana program bersesuaian yang dilaksanakan oleh disiplin-disiplin kesihatan awam seperti Kesihatan Sekolah, Kesihatan Keluarga, Ibu dan Anak, NCD (Penyakit tidak berjangkit ), Pendidikan kesihatan dan mana-mana disiplin yang bersesuaian.
5. Memberi ceramah motivasi dan sesi berdialog dalam forum atau seminar untuk memberi maklumat terkini berkaitan dengan penyakit sosial masyarakat yang semakin kronik.
KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa masalah gejala sosial memang merupakan salah satu masalah yang meruncing dan perlu ditangani segera oleh semua pihak terutamanya ibu bapa. Ibu bapa sebagai ketua keluarga perlulah bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap anak-anaknya. Saya berharap anak-anak juga perlulah mempunyai kesedaran dan keinsafan serta tahu menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka. Tegasnya, masalah gejala sosial perlu ditangani daripada peringkat akar umbi agar tidak menjadi barah dalam masyarakat sehingga menjejaskan nama baik negara di persada masyarakat.Banyak faktor yang menyebabkan penyakit sosial dalam kalangan masyaraka menjadi semakin berleluasa. Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dalam menangani isu ini termasuklah perkhidmatan kerja sosial perubatan di kesihatan awam. Semoga program-program yang dilaksanakan dapat membantu memberi kesedaran kepada golongan remaja, ibubapa dan masyarakat dalam mencegah masalah sosial menjadi semakin parah barah.Tuntasnya, remaja ibarat pahlawan kerdil tetapi penuh keberanian. Semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan berganding usaha untuk menangani masalah gejala sosial yang mencengkam dan membelenggu masyarakat. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sekiranya setiap lapisan masyarakat dapat melestarikan kewajipan masing-masing, pastilah kita dapat membina golongan remaja yang berwawasan dan bakal menjadi modal insan negara. Imam Al-Bukhari pernah mengungkapkan "Jika anda ingin melihat masa hadapan negara, lihatlah golongan remaja yang ada sekarang." Bersama-sama kita membanteras gejala sosial dalam kalangan remaja untuk mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.